Tuesday, June 17, 2008

SERANG HENDAP BATALION PARI

KUALA MANGKUK,PENARIK


Jarak perjalanan dari Bachok tidaklah jauh sangat lebih kurang 1 jam lebih jer.Kami mula meneroka lubuk ni pada tahun 2006 setelah mendengar bayak cerita tentang lubuk ini.selalunya kami akan bermalam di sana dan hasilnya sangat lumayan.berbaloi dengan penat lelah melayan spesis ini.memang mencabar dan menyeronokkan.


:: Pari oh pari ::

Kami biasa menggunakan umpan udang putih untuk menangkap spesis ini. Hal umpan tidaklah risau sangat kerana kami boleh menjala di tepi-tepi sungai ini. Kadang-kadang ada juga spesis lain yang berjaya dinaikkan seperti siakap putih, kuku, senangin dan ada juga si labi-labi.

:: Siakap Putih & Senangin ::
Sepanjang meneroka lubuk ini, paling banyak pari yang berjaya dinaikkan dalam satu trip ialah 7ekor tidak termasuk yang gagal dinaikkan.Jika semua berjaya dinaikkan mungkin dalam 12-13 ekor!!

:: Yahooo..oo.o ::

Rekod terberat setakat ini ialah seberat 30kg.

:: 30 kg & 29 kg ::