Sunday, April 27, 2008

MENJEJAK LUBUK SANG DRAKULA

Sungai Pantai Irama



:: Siakap Merah 2.7kg ::

Ada ikan ke dalam sungai ni?Soalan yang biasa orang tanya aku semasa aku memancing di sungai Pantai Irama, Bachok. Memang pelik kerana sungai tidak mengalir kecuali pada hujung tahun sahaja. Masih aku ingat lagi sewaktu kecil dahulu, abah aku sering membawa aku memancing di sini bersama rakan-rakannya dan kini aku mengikut jejaknya.

Sebelum ini, aku hanya menduga siakap dalam sungai ni dengan menggunakan umpan hidup seperti anak belanak, udang putih, ikan sepat dan anak ikan kapas pun berkesan juga. Paling besar pernah di daratkan oleh kawan aku, Jani ialah seberat 2.7 kg. Memang orang tidak percaya lebih-lebih lagi apabila melihat tempat tersebut. Tapi bagi aku dan kawan-kawan sungai ini tidak pernah pupus penghuninya.




:: Siakap Merah 1.2kg belakang kedai Tok Wan Sup Belut ::

Melihat anak-anak ikan belanak bertempiaran lari membuatkan aku menjadi geram. Tidak pernah aku terfikir untuk menduga sang drakula ni dengan cara casting. Bukan apa tetapi banyak sangat tunggul-tunggul kayu dan teritip dalam sungai ni. Kalau sangkut terbang dua tiga puluh ringgit.

Tangkapan pertama melalui casting tidaklah memberangsangkan sangat. Tidak sampai setengah kilo pun. Yang kecil aku lepaskan semula untuk membesar nanti boleh aku pancing balik.


:: Sikap Merah 1.5&1.7kg selepas Subuh ::

Pernah aku dan kawan-kawan memperolehi sebanyak 6 ekor semalaman dan paling kecil seberat 1.2kg. Kami mula casting pada pukul 1 pagi sehingga 4 pagi. Hanya satu yang perlu dilakukan iaitu rajin-rajinlah membuat lontaran. Semakin kerap membuat lontaran semakin tinggi peratusan untuk memperolehi hasilnya.



Sungai Pantai Changgong




:: Siakap Putih 1.03kg ::

Masih aku ingat abah aku cakap..dulu sungai ni dalam.Masa abah kecik-kecik dulu abah selalu mengail dalam sungai ni.Macam-macam ikan ade..Aku memang tak percaya kerana sekarang ni sungai tu begitu cetek sehingga jelas terlihat dasarnya.

Bagi aku sungai ni memang port aku tapi port untuk cari umpan.Anak ikan belanak memang senang kerana sungainye yang cetek.Sekali tebar jala dapat la 2-3 belas ekor.Udang pun boleh tahan banyak.Kalau rasa nak makan megi boleh la datang tangguk udang dalam sungai ni.lagi pun sungai ni hanya di tepi jalan..kampung nelayan.Tak la rasa seram sejuk sangat.

Suatu petang tu aku pergi menjala umpan.Dapat sekor siakap putih dalam setengah kilo lebih.Dalam hati aku memang geram nak menduga dengan pancing keramat tapi sabar dulu..drakula sedang mengganas di Sungai Pantai Irama.Aku mesti cari umpan untuk stanby mancing kat sana malam ni.


:: Lauk Esok..Gulai Asam Pedas..emmm ::

Petang esoknya aku bagitahu member sekepala aku Keram untuk menduga lubuk baru ini. Rasa malas nak cari umpan pulak.Kami pergi beli udang di kedai Bu Leng kat Tawang.Saje nak try lubuk baru..pujuk ngan umpan udang dulu.

Malam tu hujan renyai-renyai.Tempat tu dari rumah aku lebih kurang 3-4km.Pergi ngan motor jer.Sampai tu aku terus labuhkan pancing aku di celah-celah umbi nipah.Memang sempin sungainya.Kalau guna joran surf 15 kaki memang dapat cecah seberang tu.Hujan masih turun lagi.Baju hujan pon tak bawak dan memang rasa tak selesa la sikit.Aku ajak member aku untur pergi berteduh di kedai kopi berdekatan.4 batang joran semuanya kami pacak dalam lubang ketam.

Dekat jam 12 malam hujan semakin reda.Member aku pergi untuk melihat joran.Tinggal 3 jer joran!Berdebar aku..sebab yang aku punye tak cukup satu.Cari punya cari jumpa dah tenggelam separuh..nasib baik tersangkut dalam lubang ketam.Tali tegang terus dalam umbi nipah.Sah!Ini kerja sang drakula.Malam tu aku pulang hampa tapi aku yakin akan menawan penghuninya nanti.

:: Selipar Aku dah Besar Rasaye ::

Selepas malam itu tiap-tiap malam aku bersama beberapa orang member aku pergi menduga lubuk tersebut.Memang betul kata abah aku.Sungai ini memang macam dulu walau airnya cetek.Ikan siakap memang banyak terutamanya siakap putih.Di lubuk ini seolah-olah dikuasai oleh dua kumpulan siakap ini.Pada awal tahu sekitar bulan Mac hingga Jun kebanyakkan yang menyambar pancing ialah siakap putih dan antara bulan Julai hingga September, siakap merah pulak yang mengganas..

Apa yang syok di sini ialah sekitar jam 1 pagi ke atas.Pada waktu ini memang sunyi.Jelas kita dapat dengan siakap-siakap ini menyambar mangsa.Kadang-kadang 2-3 kali sambaran di tempat yang sama dan itulah sarangnya.kunci kejayaan di sini ialah dengar dan pastikan di mana sambaran itu dan labuhkan umpan di situ..berjaga-jagalah kerana dalam masa 10-20 minit joran akan melayang..di situ menguji ketangkasan kita dengan ikan.Jika kita lambat alamatnya terbelitlah di celah-celah nipah.

:: Besar ni la Best..Rasa Manis ::