Friday, November 14, 2008

KALAU DAH GIAN~

KOLAM JATI SOLUTION
Sebenarnya aku baru jer sampai pagi tadi dari Kuala Lumpur...cuti kejap jer dalam 4 hari.Nanti nak g plak sebab ade Kursus Induksi. Pagi-pagi lagi aku dah stat moto g usha pantai.Ombak dah besar..musim tengkujuh daa~Tak boleh nak lepas gian la surf fishing.Pastu aku terus pergi tampat biasa aku iaitu kedai Tok Wan.Kat sane ramai member2 aku sedang dok men bola tampar.Heran gak pagi-pagi dah main...slalu petang jer dok main.
So, aku lepak la kat sane tengok diaorang main. Sedang dok lepak sorang kenalan aku datang iaitu Poksu Li.Dia gtau de pertandingan memancing hari nih lepas Jumaat. Nak pegi ke xnak..nak pegi ke xnak..lame gak aku dok pikir sebab aku dah plan nak kuar ngan awek aku..yela dah lame x jumpe..huhuhuh~ Habis2 pikir aku amik keputusan nak g mancing.So, aku cancel la date aku tuh.Nasib baik dapat awek yang memahami..hehehe..
:: Van nih amat Berjasa pada Kami tau ::
Pertandingan ni bermula pada pukul 3.30-6.30 petang di Kolam Jati, Kelantan..Kolam pun kolam lah dah nak mancing kat pantai ombak dah besar..Xkisah lah.Aku langsung x stanby nak g mancing.Umpan pun xtahu kat mana..nasib baik ade member yang bawak lebih..Aku pergi ngan van jer..Yela sebab ni 1st time aku jejak kaki ke kolam nih.Tumpang orang je la~
:: Suasana di Kolam Jati ::

Orang xlah ramai sangat dengan cuaca yang mendung..best2~kalau cuaca camni rally mancing 3 hari terus pon xpe..hahaha..Aku tengok dah ade peserta yang berjaya naikkan ikan.Besar2 jugak..Tapi kami langsung habuk...xde ikan tarik pun.Biasa la dah rezeki masing-masing.

:: Poksu Li Setia menunggu Pancing ::

:: Asyik2 Orang lain jer ::

Sedang dok asyik berborak, pancing Pakdin mengena..dengan gaya tarik tu boleh tahan gak..Ape lagi..sentap then karau la..die punye lawan baik punye..kuat cam nak patah pancing.Ade gak wakil dari group kami yang dapat ikan dan nombor. Ade la dalam 4kg lebih ikan keli tu..

:: Lawan Pakdin~Best2 ::

:: Pokki dengan Ikan Keli yang Mengena ::

Dah nak dekat habis masa pancing aku belum mengena...setakat ikan kecil tu ade la.Bergetar hujung pancing.Biarlah..Xde rezeki kot hari nih. Dalam pada itu cabutan bertuah dibuat.Hadiah toto tu..buat guling2 time hujan nih best.Aku buat bodo jer sebab nombor aku xpernah nak kena..Asyik-asyik orang lain jer..huhuhu~Tiba2 urusetia umum satu nombor..cam kenal jer nombor tu..hahaha bertuah gak aku..dapat tidur beralaskan toto baru malam nih.hehehe..Wisel ditiup menandakan waktu dah tamat.Kami semua berkemas untuk pulang.Ikan yang dapat ade la dalam 3 ekor.Semua ikan keli walaupun dalam kolam ni ade ikan pacu,patin,rohu,tongsang dan lain2. Minggu depan ade lagi pertandingan di kolam nih.tapi aku xdapat join sebab kena g kursus.

:: Ehehhh~Isteri orang nih..Geng A2 Kota Bharu ::

Monday, November 10, 2008

BALIK CUTI~

23 - 30 Nov Cuti~yahooooooooooo

:: Lubuk 1 ::

Tension betul aku rasa dok KL nih..tambah pulak dengan kerja yang banyak.Nak main siakap jauh..kalu kolam xbest sangat..hahaha.Nak lepas boring aku p la kedai mancing udang kolam kat Pudu Ulu nuh..layan tengok orang kail udang..
Dah lama rasa tak redah sungai. Nasib baik ade cuti seminggu..Ape lagi, balik kampung la tengok awek tersayang ngn pancing tercinta..hehehe..

:: Bawah Pokok tu Lubuk Drakula ::

Aku balik kampung 23 Okt ari tuh..Balik malam ngn bas then sampaila pagi esoknya..Petang tu aku terus ambil set casting aku dan menuju ke sungai Pantai Irama..tempat yang aku selalu dok casting..Slalunya dah dekat hujung tahun macam nih ikan dalam sungai ni tak galak sangat.Yang ade pon ikan2 belanak nk tunggu kuala pecah.Lagi pun sungai nih baru jer di dalamkan.Dengar-dengar orang dok cite masa sedut pasir banyak drakula mabuk..orang g sauk jer..Sedih gak kot2 pupus abis keturunan dia.Nanti xdapatlah aku casting.

:: Malam2 slalu Lepak atas Jambatan tu sambil Mancing ::

Port yang mula-mula aku tuju ialah belakang kedai Tok Wan..tempat yang selalu aku daratkan drakula nih.Aku tengok lumut dah kurang..rumpai air dah tumbuh.Nanti bolehla tangguk udang putih. Lepas siap pasang pancing aku dok termenung tepi sungai..dok pikir ade lagi ker drakula dalam nih.Masa tu lebih kurang kul 6 petang.Ikan belanak memang banyak tapi xde pulak nampak si drakula nih kejar belanak.Ahhh..xkisahlah..casting kalu xdapat bukan rugi pon..exercise katakan.hahaha..
:: Baling Bawah nuh~ ::
Dah nak masuk magrib aku dok main baling tarik baling tarik..xde pon sambaran.Berpeluh jugak.Lengan pon dah naik lenguh..Maklumla lame tak casting..hehehe..Masa dok tengah casting member aku nama Keram datang.Yela, member2 klu tau aku balik xyah cari kat rumah..Tapi cari kat tepi sungai atau pantai.Memang nih la tempat aku dok main..hahaha


Masa dok borak2 aku terasa macam sesuatu menyambar.Terkejut jugak sebab dah lama xmerasa.Dalam hati aku rasa boleh tahan ikan nih. Karau punya karau xmau datang.Kuat betol ikan nih..besar nih.Tengok2 drag aku lom ketatkan.hahahaha...lama xmancing daa~


:: 1001 Misteri ::

Last-last berjaya jugak aku..Adela dalam sekilo drakula nih..haii..ade lagi rupanya kau dalam nih.Ingatkan dah pupus..Lepas tu aku terus casting sambil nak tunggu member yang tengah dok main bola tampar kat depan kedai..Tengah dok karau rasa disambar lagi.Tengok2 anak kerapu yang kena.Boleh tahan laa buat lauk..hehehe..

:: Nape? X percaya~ ::

P/S: nanti nak upload gambo siakap yang dapat..hehehe gambar ade dlm nset bos kat umah~

Saturday, October 11, 2008

KUALA MANGKUK 2


:: Menunggu kail melentur~ ::


:: Dapat dah ::

:: Bos besar a.ka.a Ustaz ::


:: Ambik gambar molek gak~ ::

:: Ni dia ::

:: Berebut nak bergambar ::

:: Berat ko Ustaz? ::

KUALA MANGKUK 1

:: Pari yang menjadi buruan ::


:: Jani dengan parinya ::


:: Rezeki anak-anak ::


:: Kepuasan ::


:: Sek-sek Bachok ::

:: Ustaz dengan siakapnya ::


:: Lauk malam nih ::

Tuesday, June 17, 2008

SERANG HENDAP BATALION PARI

KUALA MANGKUK,PENARIK


Jarak perjalanan dari Bachok tidaklah jauh sangat lebih kurang 1 jam lebih jer.Kami mula meneroka lubuk ni pada tahun 2006 setelah mendengar bayak cerita tentang lubuk ini.selalunya kami akan bermalam di sana dan hasilnya sangat lumayan.berbaloi dengan penat lelah melayan spesis ini.memang mencabar dan menyeronokkan.


:: Pari oh pari ::

Kami biasa menggunakan umpan udang putih untuk menangkap spesis ini. Hal umpan tidaklah risau sangat kerana kami boleh menjala di tepi-tepi sungai ini. Kadang-kadang ada juga spesis lain yang berjaya dinaikkan seperti siakap putih, kuku, senangin dan ada juga si labi-labi.

:: Siakap Putih & Senangin ::
Sepanjang meneroka lubuk ini, paling banyak pari yang berjaya dinaikkan dalam satu trip ialah 7ekor tidak termasuk yang gagal dinaikkan.Jika semua berjaya dinaikkan mungkin dalam 12-13 ekor!!

:: Yahooo..oo.o ::

Rekod terberat setakat ini ialah seberat 30kg.

:: 30 kg & 29 kg ::

Sunday, April 27, 2008

MENJEJAK LUBUK SANG DRAKULA

Sungai Pantai Irama



:: Siakap Merah 2.7kg ::

Ada ikan ke dalam sungai ni?Soalan yang biasa orang tanya aku semasa aku memancing di sungai Pantai Irama, Bachok. Memang pelik kerana sungai tidak mengalir kecuali pada hujung tahun sahaja. Masih aku ingat lagi sewaktu kecil dahulu, abah aku sering membawa aku memancing di sini bersama rakan-rakannya dan kini aku mengikut jejaknya.

Sebelum ini, aku hanya menduga siakap dalam sungai ni dengan menggunakan umpan hidup seperti anak belanak, udang putih, ikan sepat dan anak ikan kapas pun berkesan juga. Paling besar pernah di daratkan oleh kawan aku, Jani ialah seberat 2.7 kg. Memang orang tidak percaya lebih-lebih lagi apabila melihat tempat tersebut. Tapi bagi aku dan kawan-kawan sungai ini tidak pernah pupus penghuninya.




:: Siakap Merah 1.2kg belakang kedai Tok Wan Sup Belut ::

Melihat anak-anak ikan belanak bertempiaran lari membuatkan aku menjadi geram. Tidak pernah aku terfikir untuk menduga sang drakula ni dengan cara casting. Bukan apa tetapi banyak sangat tunggul-tunggul kayu dan teritip dalam sungai ni. Kalau sangkut terbang dua tiga puluh ringgit.

Tangkapan pertama melalui casting tidaklah memberangsangkan sangat. Tidak sampai setengah kilo pun. Yang kecil aku lepaskan semula untuk membesar nanti boleh aku pancing balik.


:: Sikap Merah 1.5&1.7kg selepas Subuh ::

Pernah aku dan kawan-kawan memperolehi sebanyak 6 ekor semalaman dan paling kecil seberat 1.2kg. Kami mula casting pada pukul 1 pagi sehingga 4 pagi. Hanya satu yang perlu dilakukan iaitu rajin-rajinlah membuat lontaran. Semakin kerap membuat lontaran semakin tinggi peratusan untuk memperolehi hasilnya.



Sungai Pantai Changgong




:: Siakap Putih 1.03kg ::

Masih aku ingat abah aku cakap..dulu sungai ni dalam.Masa abah kecik-kecik dulu abah selalu mengail dalam sungai ni.Macam-macam ikan ade..Aku memang tak percaya kerana sekarang ni sungai tu begitu cetek sehingga jelas terlihat dasarnya.

Bagi aku sungai ni memang port aku tapi port untuk cari umpan.Anak ikan belanak memang senang kerana sungainye yang cetek.Sekali tebar jala dapat la 2-3 belas ekor.Udang pun boleh tahan banyak.Kalau rasa nak makan megi boleh la datang tangguk udang dalam sungai ni.lagi pun sungai ni hanya di tepi jalan..kampung nelayan.Tak la rasa seram sejuk sangat.

Suatu petang tu aku pergi menjala umpan.Dapat sekor siakap putih dalam setengah kilo lebih.Dalam hati aku memang geram nak menduga dengan pancing keramat tapi sabar dulu..drakula sedang mengganas di Sungai Pantai Irama.Aku mesti cari umpan untuk stanby mancing kat sana malam ni.


:: Lauk Esok..Gulai Asam Pedas..emmm ::

Petang esoknya aku bagitahu member sekepala aku Keram untuk menduga lubuk baru ini. Rasa malas nak cari umpan pulak.Kami pergi beli udang di kedai Bu Leng kat Tawang.Saje nak try lubuk baru..pujuk ngan umpan udang dulu.

Malam tu hujan renyai-renyai.Tempat tu dari rumah aku lebih kurang 3-4km.Pergi ngan motor jer.Sampai tu aku terus labuhkan pancing aku di celah-celah umbi nipah.Memang sempin sungainya.Kalau guna joran surf 15 kaki memang dapat cecah seberang tu.Hujan masih turun lagi.Baju hujan pon tak bawak dan memang rasa tak selesa la sikit.Aku ajak member aku untur pergi berteduh di kedai kopi berdekatan.4 batang joran semuanya kami pacak dalam lubang ketam.

Dekat jam 12 malam hujan semakin reda.Member aku pergi untuk melihat joran.Tinggal 3 jer joran!Berdebar aku..sebab yang aku punye tak cukup satu.Cari punya cari jumpa dah tenggelam separuh..nasib baik tersangkut dalam lubang ketam.Tali tegang terus dalam umbi nipah.Sah!Ini kerja sang drakula.Malam tu aku pulang hampa tapi aku yakin akan menawan penghuninya nanti.

:: Selipar Aku dah Besar Rasaye ::

Selepas malam itu tiap-tiap malam aku bersama beberapa orang member aku pergi menduga lubuk tersebut.Memang betul kata abah aku.Sungai ini memang macam dulu walau airnya cetek.Ikan siakap memang banyak terutamanya siakap putih.Di lubuk ini seolah-olah dikuasai oleh dua kumpulan siakap ini.Pada awal tahu sekitar bulan Mac hingga Jun kebanyakkan yang menyambar pancing ialah siakap putih dan antara bulan Julai hingga September, siakap merah pulak yang mengganas..

Apa yang syok di sini ialah sekitar jam 1 pagi ke atas.Pada waktu ini memang sunyi.Jelas kita dapat dengan siakap-siakap ini menyambar mangsa.Kadang-kadang 2-3 kali sambaran di tempat yang sama dan itulah sarangnya.kunci kejayaan di sini ialah dengar dan pastikan di mana sambaran itu dan labuhkan umpan di situ..berjaga-jagalah kerana dalam masa 10-20 minit joran akan melayang..di situ menguji ketangkasan kita dengan ikan.Jika kita lambat alamatnya terbelitlah di celah-celah nipah.

:: Besar ni la Best..Rasa Manis ::